Page Rank

Kamis, 21 Februari 2013

Tak Pernah Tinggal Sholat Jamaah Walau Lumpuh


Alhamdulillah dan syukur. Itu dua perkataan yang penulis mampu ungkapkan selepas menonton satu video berjudul ‘My prayes to the mosque is my life’ di laman You Tube. Seorang lelaki tua, Abdullah Al Asiri, 77, adalah seorang yang lumpuh dari paras pinggang ke kaki sejak dia dilahirkan. Walaupun mengalami kecacatan yang kekal itu, satu sahaja perkara yang Abdullah tidak pernah lupa untuk lakukan. Setiap hari, Abdullah akan pergi ke masjid untuk menunaikan sholat fardhu secara berjamaah di masjid.



Bayangkan kalau Abdullah yang sudah tidak mempunyai kaki untuk bergerak dan hanya mengesot untuk ‘berjalan’ seperti manusia normal dalam kehidupan seharian untuk pergi menunaikan sholat, kita yang lengkap mempunyai dua kaki macam mana pula?
Semoga, paparan video ini memberikan kesedaran kepada kita untuk sentiasa mengingati akan pentingnya tujuan kita hidup di muka bumi Allah S.W.T ini adalah untuk menunaikan ibadah kepada-Nya. Dan haruslah kita untuk sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan rezeki dan limpahan rahmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita. InsyaAllah.

Semestinya kita malu, orang lumpuh saja dapat meluangkan waktunya untuk mengingat Allah, yang menciptakan. Nah, kita yang normal, dengan tidak merasa bersalah dan nyamannya kita meninggalkan masjid, bahkan tidak sholat. Semoga, Video dan tulisan ini, dapat membuka hati dan pikiran kita, sehingga menjadikan hati kita selalu mengingat dan rindu berbicara dengan-Nya, aamiin.(Husein).

Sumber: Mynewshub.

Tidak ada komentar: